Selagi dunia belum kiamat, insyallah Malaysia akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia sekurang-kurangnya bagi satu kali.Bagi negara Malaysia, melayakkan diri ke Piala Dunia mungkin sesuatu yang pahit untuk ditelan memandangkan sejak dari dahulu lagi pasukan negara mencuba tetapi gagal.
Pusingan kelayakan dianggap sebagai suatu badi yang susah untuk diatasi.Tetapi, untuk melayakkn diri ke Piala Dunia dengan cara yang mudah dan singkat, kerajaan Malaysia perlu membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pada edisi 2026.Ini bukannya sesuatu yang mustahil.
Mengambil contoh negara Qatar, negara ini belum pernah layak ke Piala Dunia walaupun mempunyai pemain-pemain yang berfizikal tinggi dan bertubuh sasa.Sebagai jalan pintas untuk layak ke Piala Dunia, negara ini mengambil keputusan yang berani dengan membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pada edisi 2022.
Sesuatu yg tidak disangka berlaku pada hari pengundian apabila negara Qatar telah mengejutkan seluruh dunia apabila memenangi proses bidaan untuk mendapat hak menganjurkan Piala Dunia pada edisi 2022, menewaskan empat lagi calon pembida iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat.
Biarpun negara ini mempunyai tahap kepanasan yang melampau iaitu sekitar 30'C ke atas, tetapi negara ini menang dalam pembidaan tersebut.Yang hairannya apabila calon pembida lain seperti yang disebutkn tadi tewas pada negara Arab tesebut.
Penulis merasakan Amerika Syarikat, Korea, Jepun atau Australia lebih layak untuk menganjurkan kejohanan sebesar itu kerana bolasepak di negara tersebut lebih maju dan berkembang disamping mereka menyediakan prasana kemudahan yg fleksibiliti.
Negara Qatar juga telah dituduh membayar RM245 juta kepada presiden Persatuan Bolasepak Argentina iaitu Julio Grondona dalam usaha untuk meraih undi dengan cara yang senang.
Khabar angin ini pantas dinafikan oleh Julio Grondona apabila beliau mengatakan '' KAMU tidak berhak bermain dengan nama baik saya ''.Bagaimana kamu boleh mengatakan persatuan saya menerima imbuhan yang sebesar itu?
Biarpun pelbagai tohmahan dan tuduhan yang diterima, penulis merasakan negara Qatar mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia yg berjaya dan disegani.
Oleh itu, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.Bagaimana negara sekecil Qatar boleh memenangi proses bidaan sekaligus mendapatkan hak untuk menganjurkan Piala Dunia.Hal yang sedemikian boleh terjadi terhadap negara Malaysia sekiranya negara kita membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia.
Ini bukannya seseuatu yang mustahil seperti yg dibuktikan oleh negara Qatar.Bidaan untuk mendapatkn hak tuan rumah Piala Dunia mungkin suatu jalan yang pintas dan singkat untuk layak ke Piala Dunia terhadap negara Malaysia.SEKIAN........
No comments:
Post a Comment