Welcome To My Blog

Informasi-informasi terkini tentang dunia bolasepak di dalam negeri dan juga di luar negara.Local and Foreign Football.

Sunday, 24 April 2011

Arsenal tewas

Impian Arsenal untuk merangkul gelaran Liga Perdana England pada musim ini tampak berakhir setelah tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers semalam.


    Kekalahan kepada Bolton itu menyaksikan Arsenal semakin ketinggalan jauh di belakang pendahulu liga, Mannchester United.


Gol Bolton dijaringkan oleh Daniel Sturridge pada minit ke-38 dan Tamir Cohen yang menanduk gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir permainan.


Sebelum itu, Arsenal terlebih dahulu merapatkan jurang menerusi gol daripada Robin Van Persie pada minit ke-47.Namun,gol tersebut tidak cukup untuk menghalang Bolton meraih tiga mata penuh.


Bagaimanapun, pada perlawanan tersebut Van Persie berjaya melakar rekod baru dalam Liga Perdana England sebagai pemain Belanda yang berjaya menjaringkan tujuh gol berturut di gelanggang lawan.


Dalam perkembangan lain, Manchester United semakin kukuh di persada liga setelah berjaya menundukkan Everton 1-0 menerusi gol Javier Hernandes.Chelsea pula menang 3-0 ke atas West Ham dan Liverpool  membelasah Birmingham City 5-0.Lain-lain keputusan Tottenham 2-2 West Brom, Wolves 1-1 Fulham, Sunderland 4-2 Wigan, Blackpool 1-1 Newcastle United, dan Aston Villa 1-1 Stoke City.

No comments:

Post a Comment