Gol daripada Ryan Giggs dan Wayne Rooney memastikan kelebihan berpihak kepada United yang hanya sebelah kaki untuk ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada edisi kali ini.
Wayne Rooney berada di prestasi terbaiknya setelah berjaya menjaringkan gol dalam aksi Manchester United menentang Schalke 04 di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelsenkirchen itu, Manchester United yang beraksi di gelanggang lawan mempamerkan aksi yang menakjubkan apabila mudah menewaskan Schalke 04 dengan keputusan 2-0.
Gol pertama United dijaringakn oleh bintang veteren yang masih berbisa iaitu, Ryan Giggs pada minit ke-67.Wayne Rooney menambah koleksi jaringan United pada mint-ke 69 hasil daripada satu gerakan yang menarik.
Dua gol yang dicatat United dalam tempoh dua minit itu, seakan-akan membuatkan para pemain Schalke 04 hilang semangat dan berputus asa.
Manchester akan bertemu Schalke sekali lagi pada aksi timbal balik kedua pada 4 Mei ini di gelanggang sendiri iaitu di Stadium Old Trafford.
Welcome To My Blog
Informasi-informasi terkini tentang dunia bolasepak di dalam negeri dan juga di luar negara.Local and Foreign Football.
Wednesday, 27 April 2011
Red Warriors benam Red Giants
Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol kemenangan Kelantan pada aksi Liga Super malam tadi.
Jaringan Norshahrul memastikan Kelantan berjaya mengutip tiga mata penuh menewaskan Selangor di gelanggang sendiri.
Gol menerusi tandukannya seawal minit ke-4, sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga.
Gol itu berpunca daripada lontaran dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan.
Dengan kemenangan itu, Kelantan kini berada di kedudukan ketiga liga di belakang Selangor dan Terengganu dengan mengumpul 30 mata.

Tuesday, 26 April 2011
Malaysia ke Piala Dunia?
Selagi dunia belum kiamat, insyallah Malaysia akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia sekurang-kurangnya bagi satu kali.Bagi negara Malaysia, melayakkan diri ke Piala Dunia mungkin sesuatu yang pahit untuk ditelan memandangkan sejak dari dahulu lagi pasukan negara mencuba tetapi gagal.
Pusingan kelayakan dianggap sebagai suatu badi yang susah untuk diatasi.Tetapi, untuk melayakkn diri ke Piala Dunia dengan cara yang mudah dan singkat, kerajaan Malaysia perlu membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pada edisi 2026.Ini bukannya sesuatu yang mustahil.
Mengambil contoh negara Qatar, negara ini belum pernah layak ke Piala Dunia walaupun mempunyai pemain-pemain yang berfizikal tinggi dan bertubuh sasa.Sebagai jalan pintas untuk layak ke Piala Dunia, negara ini mengambil keputusan yang berani dengan membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pada edisi 2022.
Sesuatu yg tidak disangka berlaku pada hari pengundian apabila negara Qatar telah mengejutkan seluruh dunia apabila memenangi proses bidaan untuk mendapat hak menganjurkan Piala Dunia pada edisi 2022, menewaskan empat lagi calon pembida iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat.
Biarpun negara ini mempunyai tahap kepanasan yang melampau iaitu sekitar 30'C ke atas, tetapi negara ini menang dalam pembidaan tersebut.Yang hairannya apabila calon pembida lain seperti yang disebutkn tadi tewas pada negara Arab tesebut.
Penulis merasakan Amerika Syarikat, Korea, Jepun atau Australia lebih layak untuk menganjurkan kejohanan sebesar itu kerana bolasepak di negara tersebut lebih maju dan berkembang disamping mereka menyediakan prasana kemudahan yg fleksibiliti.
Negara Qatar juga telah dituduh membayar RM245 juta kepada presiden Persatuan Bolasepak Argentina iaitu Julio Grondona dalam usaha untuk meraih undi dengan cara yang senang.
Khabar angin ini pantas dinafikan oleh Julio Grondona apabila beliau mengatakan '' KAMU tidak berhak bermain dengan nama baik saya ''.Bagaimana kamu boleh mengatakan persatuan saya menerima imbuhan yang sebesar itu?
Biarpun pelbagai tohmahan dan tuduhan yang diterima, penulis merasakan negara Qatar mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia yg berjaya dan disegani.
Oleh itu, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.Bagaimana negara sekecil Qatar boleh memenangi proses bidaan sekaligus mendapatkan hak untuk menganjurkan Piala Dunia.Hal yang sedemikian boleh terjadi terhadap negara Malaysia sekiranya negara kita membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia.
Ini bukannya seseuatu yang mustahil seperti yg dibuktikan oleh negara Qatar.Bidaan untuk mendapatkn hak tuan rumah Piala Dunia mungkin suatu jalan yang pintas dan singkat untuk layak ke Piala Dunia terhadap negara Malaysia.SEKIAN........
Pertembungan menarik
Pertembungan antara dua seteru utama iaitu Kelantan dan Selangor pada malam ini dalam aksi Liga Super pastinya menjanjikan sesuatu yang menarik apabila kedu-dua pasukan mempunyai misi penting untuk dilaksanakan
Bagi Selangor,mereka mempunyai dendam yang perlu dilunaskan iaitu dendam kekalahan mereka ke atas Kelantan pada aksi final Piala FA tahun lalu selain ingin mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan.
Bagi Kelantan pula,mereka ingin mencipta rekod bersih kemenangan ke atas Selangor di Stadium Sultan Mohamed ke-IV dalam saingan liga musim ini biarpun mereka akan berentap dalam aksi Piala FA atau mungkin pada Piala Malaysia nanti.
Norshahrul Idlan Talaha(gambar kecil) pastinya akan menjadi duri dalam daging pasukan Selangor kerana kemampuannya untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan.Selain Norshahrul,kelibat penyerang lain seperti Nizab Ayob juga mampu untuk menjaringkan gol buat Kelantan.
Dalam perlawanan lain, Harimau Muda A akan menentang Negeri Sembilan, Sabah lawan Terengganu, Perak menentang Kuala Lumpur, Perlis menentang Pahang, T-Team akan bertemu Kedah, dan Felda United akan menentang Johor FC.

Sunday, 24 April 2011
Arsenal tewas
Impian Arsenal untuk merangkul gelaran Liga Perdana England pada musim ini tampak berakhir setelah tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers semalam.
Kekalahan kepada Bolton itu menyaksikan Arsenal semakin ketinggalan jauh di belakang pendahulu liga, Mannchester United.
Gol Bolton dijaringkan oleh Daniel Sturridge pada minit ke-38 dan Tamir Cohen yang menanduk gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir permainan.
Sebelum itu, Arsenal terlebih dahulu merapatkan jurang menerusi gol daripada Robin Van Persie pada minit ke-47.Namun,gol tersebut tidak cukup untuk menghalang Bolton meraih tiga mata penuh.
Bagaimanapun, pada perlawanan tersebut Van Persie berjaya melakar rekod baru dalam Liga Perdana England sebagai pemain Belanda yang berjaya menjaringkan tujuh gol berturut di gelanggang lawan.
Dalam perkembangan lain, Manchester United semakin kukuh di persada liga setelah berjaya menundukkan Everton 1-0 menerusi gol Javier Hernandes.Chelsea pula menang 3-0 ke atas West Ham dan Liverpool membelasah Birmingham City 5-0.Lain-lain keputusan Tottenham 2-2 West Brom, Wolves 1-1 Fulham, Sunderland 4-2 Wigan, Blackpool 1-1 Newcastle United, dan Aston Villa 1-1 Stoke City.

Kenali pasukan - Kedah FA
Persatuan Bola Sepak Kedah (Football Association of Kedah) merupakan wakil negeri Kedah dalam pertandingan bolasepak di Malaysia. Stadium pasukan ini ialah Stadium Darul Aman di Alor Setar.Kedah merupakan juara bertahan divisyen teratas Liga Malaysia, Liga Super Malaysia.
Kedah telah memenangi kejohanan liga tiga kali (1993, 2007 & 2008),Piala Malaysia empat kali (1990, 1993, 2007 & 2008) dan Piala FA tiga kali (1996, 2007 & 2008). Pencapaian Kedah menjadi johan tiga piala dua musim berturut-turut menjadikan Kedah selaku pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.
Presiden KFA pada masa kini disandang oleh yang berhormat Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak iaitu Menteri Besar negeri Kedah.Pada tanggal 23 April 2011, bekas jurulatih Negeri Sembilan iaitu Wan Jamak Wan Hassan telah dilantik sebagai jurulatih baru skuad Kedah bagi menggantikan Ahmad Yusoff.
Skuad Hijau Kuning yang dulunya merupakan pasukan yang digeruni di Malaysia,kini semakin terumbang-ambing dalam aksi Liga Malaysia terutamanya pada musim liga 2010.Mungkin faktor seperti ketiadaan pemain import seperti Marlon Alex James,Nelson Sam Martin dan juga Cornellius Bernard Hugging menjadi punca skuad ini berada di bawah prestasi.Untuk pengetahuan, FAM telah mengharamkan penggunaan pemain import berkuatkuasa pada tahun 2009 yang lalu.
Skuad Hijau Kuning juga terkenal dengan semangat fanatik penyokongnya.Setiap kali skuad Hijau Kuning beraksi,pasti jumlah penonton akan mencatat kehadiran yang memberangsangkan.Skuad Kedah juga tidak ketandusan bakat kerana skuad ini banyak melahirkan pemain-pemain muda yang berbakat seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, Bunyamin Omar(kini bermain di Selangor), Faizal Abu Bakar, Sabre Abu dan terbaru Khairul Helmi Johari.
Saturday, 23 April 2011
Empat pasukan memburu impian
Antara Manchester United,Schalke 04,Real Madrid dan Barcelona.....
Siapakah diantara mereka akan layak ke final Liga Juara-Juara Eropah
pada edisi kali ini?
Chicharito wira United
MANCHESTER - Manchester United semakin menghampiri rekod gelaran Liga Perdana England kali ke-19 apabila penyerangnya, Javier Hernandez menanduk masuk gol kemenangan enam minit sebelum tamat perlawanan ketika menewaskan Everton 1-0 malam tadi.
Aksi cemerlang penjaga gol Everton, Tim Howard hampir saja memberi pasukannya satu mata selepas banyak menyelamatkan percubaan bekas kelabnya, United di Old Trafford.
Begitupun, Everton gagal menghalang penyerang Mexico, Hernandez daripada menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-84, sekali gus menyaksikan The Red Devilsselesa mengukuh kedudukan di persada liga dengan kelebihan sembilan mata.
Ini merupakan jaringan ke-19 Hernandez buat United setelah tiba di Old Trafford dengan harga £6 juta (RM30 juta) awal musim panas lalu.
United kini hanya perlu mencatat kemenangan ke atas Arsenal dan Chelsea selepas ini sekiranya mahu menjulang kejuaraan musim ini.
Alex Ferguson juga memberi tumpuan kepada pertemuan Liga Juara-Juara dengan Schalke 04 di Jerman dengan merehatkan Patrice Evra dan Nemanja Vidic malam tadi.
Pada perlawanan lain, Liverpool terus garang apabila membelasah Birmingham 5-0 di Anfield. Maxi Rodriguez menghasilkan hatrik sementara dua lagi gol dijaringkan oleh Dirk Kuyt dan Joe Cole.- Agensi
Selangor makin berbisa
Selangor masih terus kukuh di persada liga setelah membenam Sabah dalam aksi Liga Super malam tadi.
Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Bunyamin Omar(36), dan Mohd Amri Yahyah(65).Sebelum itu,Selangor tersentak seketika setelah Rosdin Wasli meletakkan Sabah di depan pada minit ke-11.Namun,gol daripada Bunyamin dan Amri memastikan Selangor berjaya mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan.
Kejayaan ini menyaksikan Selangor kekal mendahului Liga Super dengan 32 mata, empat mata mengatasi pasukan Terengganu yang turut mencatat kejayaan mengalahkan Perak 3-0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah.
Kemenangan Terengganu semalam juga menyaksikan mereka melonjak ke tangga kedua liga dengan kelebihan satu mata ke atas Kelantan yang menang 4-0 ke atas Perlis kelmarin.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, tuan rumah, Johor FC berjaya mencatat kejutan dengan mengalahkan T-Team 2-1.
Di Stadium Darul Aman, Alor Setar pula menyaksikan Kedah tumbang 1-2 di laman sendiri kepada Harimau Muda A.
Ini pastinya satu tamparan buat skuad Hijau Kuning itu yang baru saja mengambil Wan Jamak Wan Hassan sebagai jurulatih baru mereka.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan bangkit dari prestasi tidak menentu dengan kejayaan 3-1 ke atas Pahang.
Red Warriors mengganas
Kelantan mengganas di Kota Bharu.
Dalam aksi Liga Super mlm tadi,Kelantan di bawah bimbingan M.Karathu menunjukkan belang yg tersendiri apabila mudah membelasah pasukan tercorot liga,Perlis 4-0 pada pertemuan di Stadium Mohamed IV,Kota Bharu.
Dengan keputusan itu,Kelantan kini di tangga kedua liga di belakang Selangor dengan mengumpul 27 mata.
Empat gol The Red Warriors masing-masing dijaringkan oleh Mohd. Azuan Solahudin (40), Norshahrul Idlan Talaha (51), Mohd. Nizab Ayub (69), dan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi pada minit ke-73.
Kenali Stadium - Old Trafford
Old Trafford (diberi nama gelaran The Theatre of Dreams oleh Sir Bobby Charlton) adalah merupakan sebuah stadium bola sepak all-seater di Trafford di perbandaran Greater Manchester, England dan merupakan rumah bagi Manchester United F.C..Stadium berkenaan sudah menjadi rumah tetap bagi United semenjak 1910, tidak termasuk lapan tahun kehilangan daripada tahun 1941 hingga 1949 berikutan pengeboman stadium tersebut dalam Perang Dunia Kedua, pada masa itu mereka berkongsi padang dengan Manchester City di Maine Road. Stadium itu terletak berhampiran dengan padang kriket Old Trafford.
Friday, 22 April 2011
Perlawanan EPL : 23-24 April 2011
*SABTU
*Manchester United lwn Everton Aston Villa lwn Stoke City
Blackpool lwn Newcastle Liverpool lwn Birmingham
(Bloomfield Road, 10.00 mlm (Anfield, 10.00 mlm)
Sunderland lwn Wigan Totenham lwn West Brom
(Stadium of Light,10.00 mlm) (White Hart Lane, 10.00 mlm)
Wolves lwn Fulham Chelsea lwn West Ham
(Stadium Molineux, 10.00 mlm) (Stamford Bridge, 12.30 mlm)
*AHAD
Bolton lwn Arsenal
(Staduim Reebok, 11.00 mlm)
* Perlawanan Tumpuan
* Masa perlawanan waktu di Malaysia
*Manchester United lwn Everton Aston Villa lwn Stoke City
(Old Trafford, 7.45 mlm) (Villa Park, 10.00 mlm)
(Bloomfield Road, 10.00 mlm (Anfield, 10.00 mlm)
Sunderland lwn Wigan Totenham lwn West Brom
(Stadium of Light,10.00 mlm) (White Hart Lane, 10.00 mlm)
Wolves lwn Fulham Chelsea lwn West Ham
(Stadium Molineux, 10.00 mlm) (Stamford Bridge, 12.30 mlm)
*AHAD
Bolton lwn Arsenal
(Staduim Reebok, 11.00 mlm)
* Perlawanan Tumpuan
* Masa perlawanan waktu di Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)